Wang Syubhah

Apakah Wang Syubhah

Mana-mana wang atau aktiviti pelaburan yang dilaksanakan tidak patuh Syariah ( Non-Shariah Compliance) sepertimana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Bagaimana untuk “mensucikan” aktiviti pelaburan daripada Wang Syubhah

Keuntungan yang didapati daripada hasil Wang Syubhah perlu disalurkan kepada Baitul Mal melalui Yayasan Waqaf Malaysia

Kemanakah hasil keuntungan tersebut digunakan?

Hasil tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi memperkasakan pembangunan sosio-ekonomi msyarakat umum diseluruh negeri.

Adakah Fatwa yang membenarkan pengunaan wang tersebut untuk maslahah umum?

i. Persidangan Jawatankuasa fatwa Peringkat Kebangsaan bertarikh 21-22 Januari 1971 memutuskan bahwa:

a) Faedah yang datang daripada wang simpanan yang dibuat oleh badan-badan Islam atau perniagaan atau kebajikan yang dianggotai oleh orang-orang Islam dalam mana-mana banak bolehlah diterima oleh badan-badan itu oleh keranan kecemasan ekonomi orang-orang Islam pada masa ini; dan

b) Faedah yang datang daripada wang simpanan yang dibuat oleh orang-orang Islam perseorangan dalam mana-mana bank bolehlah diterima oleh orang itu kerana kecemasan itu juga, tetapi wang faedah itu hendaklah dimasukkan dalam Baitulmal atau untuk kegunaan maslahah umum.

ii. Keputusan Fatwa Negeri Pulau Pinang dimana semua Wang Syubhah/Haram yang diserahkan kepada Baitulmal adalah dianggap satu dan bersih.

Bagaimana aliran Wang Syubhah disalurkan ?

Aliran Wang Ke Baitulmal:

pengaliran_wang