Projek

Cadangan Menyiapkan Pembinaan Sekolah Agama Maahad Addini, Alor Setar,Kedah.

Pada peringkat awal,pembinaan Sekolah Agama Maahad Addini asalnya wakaf peribadi. Projek ini telah terbengkalai lebih 6 tahun akibat kekurangan dana dan telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah untuk dibangunkan. Dana yang terkumpul dari kutipan Wakaf Tunai Malaysia akan turut disalurkan untuk pembangunan projek ini.

alor-setar-4alor-setar-3

Cadangan Pembangunan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (IMTIAZ)

Sekolah berkonsepkan dwi-aliran iaitu menyeimbangkan antara aliran akademik dan agama. Keperluan yang mendesak untuk meningkatkan kualiti ummah dan ada permintaan tinggi daripada ibubapa akan memberi impak yang besar kepada masyarakat Islam di Malaysia di dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberi komitmen untuk membiayai RM30 juta, masih memerlukan antara RM30 juta hingga RM40 juta lagi untuk pembangunan projek ini. Memandangkan projek ini perlu dilaksanakan dengan segera, YWM dan MAIWP bercadang untuk mengumpul dana melalui Wakaf Tunai Malaysia.

Cadangan Pembangunan Kompleks Saudara Baru Di Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Pusat penempatan dan perlindungan untuk saudara baru, sehingga mampu berdikari. Memberi perlindungan seperti tempat penginapan dan makanan supaya saudara baru tidak tertekan untuk kembali kepada agama asal.

Pembangunan lengkap mengandungi fasiliti beribadah,pengajian agama serta kutub kanah ilmiah. Boleh menempatkan tempat latihan untuk mendidik atau meningkatkan pengetahuan/kemahiran dalam bidang tertentu sebagai mata pencarian baru. tapak telah dikenal pasti, komponen pembangunan masih di peringkat perancangan.