Pengenalan
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Baitulmal Kebangsaan (JPBK) yang telah diadakan di Kuala Terengganu pada 25 Mac 2006 telah bersetuju agar satu entiti wakaf di peringkat kebangsaan diwujudkan. Pembentukan entiti wakaf kebangsaan bermaksud untuk menubuhkan secara rasmi sebuah organisasi bersama di antara Kerajaan Persekutuan, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN), organisasi dan individu-individu yang berminat dalam memacu kemajuan dan pembangunan wakaf sumbangan umat Islam di Malaysia.
Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) juga telah diisytiharkan penubuhannya hasil dari resolusi Konvensyen Wakaf Kebangsaan yang telah diadakan pada 12-14 September 2006 bersamaan 19-21 Syaaban 1427H bertempat di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah bersetuju agar suatu Entiti Wakaf di peringkat Kebangsaan diwujudkan dengan segera bagi menyelesaikan masalah pembangunan harta wakaf di negara ini.
Pelancaran rasmi YWM telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin, Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 14 Februari 2008 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seramai 21 orang tokoh terkemuka yang terdiri dari wakil daripada setiap Majlis Agama Islam Negeri, wakil agensi kerajaan dan tokoh korporat telah menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia
SENARAI AHLI MAJLIS LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YWM

YWM telah dibentuk di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]. Lembaga Pemegang Amanah yang diwujudkan akan dipengerusikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri manakala Y.Bhg Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) berperanan sebagai Naib Pengerusi YWM. YWM secara rasmi telah memulakan operasinya pada 1 Jun 2008 dengan terlantiknya Ketua Pegawai Eksekutif, YWM.

- EN AZRI AHMAD

