Panduan Mengisi Borang

1. Borang ini hendaklah diisi oleh pewakaf dalam 4 salinan dan diserahkan kepada majikan.

2. Borang Kebenaran Potongan Gaji Wakaf Tunai Malaysia (salinan Yayasan Waqaf Malaysia) yang telah di proses dan mendapat pengesahan oleh majikan hendaklah dihantar ke Yayasan Waqaf Malaysia beserta cek pembayaran. Salinan majikan hendaklah disimpan oleh majikan untuk rujukan.

3. Jumlah pembayayaran melalui potongan gaji ditentukan oleh pewakaf sendiri tertakluk kepada kadar minima RM10.00 sebulan.

4. Pembayaran wakaf tunai akan dikreditkan bermula dari tarikh penerimaan pembayaran wakaf tunai oleh YWM dari pihak majikan.

5. Penyata rasmi bayaran Wakaf Tunai Malaysia atas nama pewakaf akan di hantar sebanyak 2 kali setahun (untuk tempoh Januari-Jun dan Julai-Disember) melalui pos.

6. Sila isi sebarang pindaan pengurangan (jumlahnya selepas pengurangan tidak kurang dari kadar minima RM10 sebulan) atau penambahan pembayaran Wakaf Tunai Malaysia di ruangan yang disediakan. Sekiranya pewakaf ingin membuat pemberhentian bayaran bulanan, sila maklumkan kepada majikan.

7. Sekiranya berlaku pertukaran alamat surat menyurat, sila maklumkan kepada YWM.