Untitled Document

Pertandingan Mencipta Nama Rangkaian Hotel Wakaf

Penyertaan

Pernyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Objektif pertandingan ini adalah untuk memilih nama yang bersesuaian bagi hotel wakaf yang baru dibina untuk dikomersialkan. Panel Penilai yang dilantik tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan ini.

Spesifikasi

1. Peserta hendaklah memastikan nama hotel yang dicipta mestilah asli dan baru. YWM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat        sebarang tuntutan ke atas hak cipta nama tersebut.

2. Nama hotel yang dicipta mestilah bersirikan komersil, jelas, mudah disebut dan berbentuk global.

3. Nama hotel yang dicipta mestilah disertakan dengan penerangan ringkas.

Penilaian

Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.

Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda nama yang direka sekiranya perlu dan nama yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik YWM.

Borang Penyertaan

Borang penyertaan boleh didapati dengan percuma di Pejabat YWM dan boleh dimuat turun dilaman web Yayasan Waqaf Malaysia;Klik Sini

Tarikh Tutup Penyertaan

Setiap penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 03 Mei 2010M (Isnin) bersamaan 18 Jamadilawal 1431H. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Hadiah Pertandingan

Pemenang bagi pertandingan ini akan memenangi hadiah berupa Pakej Penginapan 2 hari 1 malam di hotel tersebut untuk 2 orang.

Alamat Untuk Mengemukakan Penyertaan

Penyertaan hendaklah dihantar melalui pos atau terus kepada:

Urusetia

Pertandingan Mencipta Nama Rangkaian Hotel Wakaf

YAYASAN WAQAF MALAYSIA

No.13, Jalan Diplomatik 2/2,

Presint Diplomatik Putrajaya, Presint 15,

62050 PUTRAJAYA.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi;

Puan Nur Syaffina Ab. Rahim/ Puan Hanim Idzura Mohd Kalyubi di talian 03-8890 1000 atau faks kepada 03-8890 1010.

Gangguan laman web Yayasan Waqaf Malaysia

Pihak admin laman web YWM ingin memohon maaf di atas kesulitan Tuan/Puan untuk mengakses laman web ini semenjak 2 minggu lepas. Ini kerana terdapat masalah teknikal pada server laman web ini.Harap Maklum.

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Anjuran MAIWP

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan di Padang C, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu Tabung Haji, JAWI, JAWHAR, YADIM, YAPIEM, ILIM, IPB, IKB, Masjid Wilayah, Masjid Negara, Pejabat Mufti, PPZ, PUSRAWI dan MAIWP.

Kejohanan yang julung kali dianjurkan sepenuhnya oleh MAIWP FC dan mendapat kerjasama dari Badan Kebajikan Baitulmal. Ia dilaksanakan secara liga di mana setiap liga mengandungi empat pasukan yang berentap sesama sendiri. Juara dan naib juara setiap kumpulan liga tersebut akan bermain menentang pasukan mengikut undian yang telah ditetapkan di peringkat suku akhir seterusnya ke separuh akhir dan final.

Pada awalnya, JAWHAR turun sebagai pasukan underdog yang tidak diberi harapan untuk menang. Tetapi, pepatah Melayu ada mengatakan “tuah ayam nampak di kaki, tapi tuah manusia siapa yang tahu”. Tanpa disangka-sangka JAWHAR telah muncul sebagai juara pertama edisi sulung tersebut dengan mengalahkan pasukan JAWI melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1 - 1.

pic-1

Tahniah diucapkan!!