Objektif

Objektif penubuhan YWM adalah untuk:-

  • Mengumpul dan menyatukan dana serta menggembleng sumber-sumber wakaf yang berpotensi tinggi dalam dan luar negara agar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam;
  • Membangun dan memajukan harta wakaf di seluruh negara melalui jalinan kerjasama dengan MAIN selaku pemegang amanah tunggal wakaf;
  • Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari dan semasa serta inovatif bagi memaksimumkan manfaat wakaf;
  • Membangun dan memajukan harta wakaf dan harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan umat Islam.
  • Menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi di kalangan umat Islam secara progresif dan produktif, khususnya bagi mengurangkan jurang kemiskinan; dan
  • Menyempurnakan amanah pewakaf.

KOD ETIKA
W   wibawa dan intelektual
A    amanah dan berintegriti
K    kontemporari dan berdaya saing
A   amal jariah dan akrab
F    fikrah dan inovatif