Matlamat

Matlamat YWM adalah berdasarkan lima (5) matlamat teras berikut:-
1. Mengumpul Dana Wakaf
Melaksanakan program-program bagi mendapatkan dana untuk mengisi Kumpulan Wang Amanah Yayasan dan dijadikan modal ekonomi umat Islam.

2. Membangun dan Memajukan Harta Wakaf
Bekerjasama dengan pihak yang terlibat seperti MAIN, IPTA,IPTS untuk memaju dan membangunkan harta wakaf serta membuat kajian dan penyelidikan produk baru wakaf.

3. Program Pelaburan
Membuat pelaburan ke atas wang kepunyaan YWM dalam sebarang pelaburan yang dibenarkan syarak.

4. Program Kebajikan dan Sosial
Merangka aktiviti yang berfaedah kepada umat Islam demi kebaikan hidup di dunia dan akhirat seperti member biasiswa, bantuan kepada fakir miskin dan melaksanakan amanah pewakaf sebaik mungkin.

5. Promosi dan Penerbitan
•Mempromosi dan menganjurkan pelbagai persidangan, seminar dan sebagainya.
•Menerbit pelbagai risalah bagi mengembang dan memajukan matlamat YWM.