Fungsi
FUNGSI
Fungsi-fungsi YWM adalah seperti berikut:-
- Entiti Pemegang Amanah bagi umat Islam di peringkat kebangsaan dan pelengkap kepada usaha Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam membangunkan harta-harta wakaf;
- Menggembleng usaha dalam mempromosi dan meningkatkan kesedaran mengenai amalan wakaf di Malaysia;
- Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan wakaf di seluruh Malaysia melalui penyelidikan, penghasilan dan melaksanakan konsep wakaf baru yang lebih praktikal dan berdaya maju;
- Mengumpul dana serta menggembleng sumber-sumber wakaf yang berpotensi (dari dalam dan luar Negara) agar dapat dimanfaatkan oleh umat Islam;
- Membangun dan memajukan harta wakaf di seluruh Negara melalui jalinan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang amanah tunggal wakaf;
- Menjana modal melalui kaedah-kaedah kontemporari dan semasa serta inovatif bagi memaksimumkan manfaat wakaf;
- Membangun dan memajukan harta wakaf dan harta umat Islam bagi tujuan khairat dan amal jariah melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan umat Islam;
- Menangani masalah ketidaksamaan sosio ekonomi di kalangan umat Islam secara progresif dan produktif, khususnya bagi mengurangkan jurang kemiskinan; dan
- Menyempurnakan amanah pewakaf.
