Penyertaan
Pernyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja. Objektif pertandingan ini adalah untuk memilih nama yang bersesuaian bagi hotel wakaf yang baru dibina untuk dikomersialkan. Panel Penilai yang dilantik tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan ini.
Spesifikasi
1. Peserta hendaklah memastikan nama hotel yang dicipta mestilah asli dan baru. YWM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan ke atas hak cipta nama tersebut.
2. Nama hotel yang dicipta mestilah bersirikan komersil, jelas, mudah disebut dan berbentuk global.
3. Nama hotel yang dicipta mestilah disertakan dengan penerangan ringkas.
Penilaian
Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima dari peserta yang menyertai pertandingan ini.
Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda nama yang direka sekiranya perlu dan nama yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik YWM.
Borang Penyertaan
Borang penyertaan boleh didapati dengan percuma di Pejabat YWM dan boleh dimuat turun dilaman web Yayasan Waqaf Malaysia;Klik Sini
Tarikh Tutup Penyertaan
Setiap penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 03 Mei 2010M (Isnin) bersamaan 18 Jamadilawal 1431H. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
Hadiah Pertandingan
Pemenang bagi pertandingan ini akan memenangi hadiah berupa Pakej Penginapan 2 hari 1 malam di hotel tersebut untuk 2 orang.
Alamat Untuk Mengemukakan Penyertaan
Penyertaan hendaklah dihantar melalui pos atau terus kepada:
Urusetia
Pertandingan Mencipta Nama Rangkaian Hotel Wakaf
YAYASAN WAQAF MALAYSIA
No.13, Jalan Diplomatik 2/2,
Presint Diplomatik Putrajaya, Presint 15,
62050 PUTRAJAYA.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi;
Puan Nur Syaffina Ab. Rahim/ Puan Hanim Idzura Mohd Kalyubi di talian 03-8890 1000 atau faks kepada 03-8890 1010.