Biodata Pengerusi YWM
Y.B Senator Jeneral Dato’ Jamil Khir Bin Hj Baharom (B)
PSAT,DIMP,DSNS,DSDK,PAT,DNS,KATKMN,AMK,MA (SISS), BA (Hons) Islamic Studies.
Y.B Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Hj Baharom (B) telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) oleh Perdan Menteri ke-6 pada 10 April 2009. Beliau telah mangangkat sumpah sebagai Senator pada 9 April 2009.
Dilahirkan di Sedakan, Yan, Kedah pada 25 Jun 1961. Telah ditauliahkan sebagai Kapten (Tugas Ikhtisas) di dalam Kor Agama Angkatan Tentera pada 17 November 1986.Memulakan kerjaya di dalam Angkatan Tentera Malaysia setelah menamatkan Latihan Orientasi Ketenteraan Pegawai Muda pada tahun 1987.Beliau telah hadir Kursu Asas Para bertempat di Markas Handau pada tahun 1991.
Telah menjawat jawatan di Jabatan Arah KAGAT mulai daripada Pegawai Staf 3 hinggalah Pegawai Staf 1 Perkhidmatan. Beliau dinaikkan ke pangkat Kolonel pada 1 April 2002 dan menjawat jawatan yang sama. Beliau seterusnya menjawat jawatan Timbalan Pengarah Pengurusan apabila penjawatan baru Jabatan Arah KAGAT diluluskan pada tahun 2004. Beliau dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral dan menjawat jawatan Pengarah Kor Angkatan Tentera pada 6 Oktaboe 2005 dan seterusnya berkuatkuasa pada 16 Januari 2008 beliau dinaikkan ke pangkat Mejar Jeneral yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat pada 28 Februari 2008.
Di dalam bidang pendidikan, beliau berkelulusan Sarjana Muda Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya pada tahun 1986.Semasa bertugas, beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat MA di amerika syarikat di dalam bidang Islamic Studies (Pengurusan Ekonomi Islam) iaitu School of Islamic and Social Sciences (SISS) Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 2000. Beliau fasih berbahasa Inggeris dan Arab. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk tahun 2006-2011.
Penglibatan beliau di arena antarabangsa, beliau pernah berkhidmat di bawah Panji-Panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia dalam Kontijen Malaysia pada tahun 1994 di mana beliau terlibat dalam rundingan bersama pihak pemberontak untuk mengambil mayat Tentera Malaysia yang terkorban semasa misi berkenaan. Beliau juga merupakan salah seorang ahli Task Force 2010 di mana beliau terlibat secara langsung semasa rundingan dengan pihak Tentera Thailand di samping memberi penerangan dan perbincangan dengan para Imam, Tok Guru, Guru-guru Agama, Penghulu dan Ketua Kampung bagi masyarakat Islam Selatan Thailand.
Y.B Mejar Jenaral Dato’ Jamil Khir bin Hj Baharom (B) sering dijemput untuk memberi syarahan dan program motivasi kepada pegawai dan anggota Angkatan Bersenjata Negara Brunei dan Kerajaan Negara Brunei khususnya dalam penubuhan Kor Agama Angkatan Tentera Brunei. Beliau juga terlibat sebagai Urusetia Tilawah Al-Quran Peringkat Angkatan Tentera Negara-Negara OIC yang diadakan di Arab Saudi.
Sebagai mengenang jasa dan penghargaan di atas perkhidmatan beliau kepada negara, beliau telah dianugerahkan Pingat Setia angkatan Tentera (PSAT), Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Darjah Dato; Setia Negeri Sembilan (DSNS) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah yang kesemuanya membawa gelaran Dato’, Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong, Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) dan Ahli Mahkota Kedah (AMK).
Beliau telah berkahwin dengan Datin Fatmawati bt Saidin dan telah dikurniakan enam orang anak, 5 lelaki dan seorang perempuan. Hobi beliau ialah bermain golf dan menunggang kuda.
