Untitled Document

Kenyataan Sebut Harga

Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

No. dan Tajuk Sebutharga

Taraf/Jenis Syarikat

Kelas, Kepala & Sub-Kepala

Tarikh Dokumen Boleh Diperolehi

Harga Dokumen (RM)

Tarikh dan Waktu Tutup Sebutharga

YWM/SH/08/2010

Cadangan Membina 1 Blok Bangunan Bazar Wakaf Rakyat Satu Tingkat (4 Unit) di Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda, Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Lawatan Tapak

Tarikh : 7 Julai 2010

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Perkarangan Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda, Mukim Batu Kuala Lumpur

Bumiputera/

T1

Kelas:

F

Kepala : I

Sub-Kepala: 1

Kepala: II

Sub Kepala: 2 (a)

12/7/2010 hingga 15/7/2009

200.00

19/7/2010 12.00 Tengahari

YWM/SH/11/2010

Cadangan Membina 1 Blok Bangunan Bazar Wakaf Rakyat Satu Tingkat (4 Unit) di Masjid Imam Al-Ghazali, Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur

Lawatan Tapak

Tarikh : 7 Julai 2010

Masa : 2.30 petang

Tempat : Perkarangan Masjid Imam Al-Ghazali, Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur

Bumiputera/

T1

Kelas:

F

Kepala : I

Sub-Kepala: 1

Kepala: II

Sub Kepala:

2 (a)

12/7/2010 hingga 15/7/2009

200.00

19/7/2010 12.00 Tengahari

No. dan Tajuk Sebutharga

Taraf/Jenis Syarikat

Kelas, Kepala & Sub-Kepala

Tarikh Dokumen Boleh Diperolehi

Harga Dokumen (RM)

Tarikh dan Waktu Tutup Sebutharga

YWM/SH/09/2010

Cadangan Membina 1 Blok Bangunan Bazar Wakaf Rakyat Satu Tingkat (4 Unit) di Masjid Abd. Rahman bin Auf, Jalan Puchong, Kuala Lumpur

Lawatan Tapak

Tarikh : 9 Julai 2010

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Perkarangan Masjid Masjid Abd. Rahman bin Auf, Jalan Puchong, Kuala Lumpur

Bumiputera/

T1

Kelas:

F

Kepala : I

Sub-Kepala: 1

Kepala: II

Sub Kepala:

2 (a)

12/7/2010 hingga 15/7/2009

200.00

19/7/2010 12.00 Tengahari

YWM/SH/10/2010

Cadangan Membina 1 Blok Bangunan Bazar Wakaf Rakyat Satu Tingkat (4 Unit) di Masjid An- Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur

Lawatan Tapak

Tarikh : 9 Julai 2010

Masa : 2.30 petang

Tempat : Perkarangan Masjid An- Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur

Bumiputera/

T1

Kelas:

F

Kepala : I

Sub-Kepala: 1

Kepala: II

Sub Kepala:

2 (a)

12/7/2010 hingga 15/7/2009

200.00

19/7/2010 12.00 Tengahari

Sila ambil perhatian bahawa setiap kontraktor hanya dibenarkan untuk menyertai dua (2) daripada empat (4) sebut harga yang dinyatakan di atas.

Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas diwajibkan hadir ke lawatan tapak pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan dengan membawa bersama cop syarikat bagi tujuan pengesahan kehadiran. Pihak kontraktor juga dikehendaki mengisi borang tempahan dokumen sebut harga ketika lawatan tapak tersebut.

Hanya kontraktor yang mengisi borang tempahan dan menghadiri lawatan tapak sahaja layak membeli dokumen sebut harga. Kontraktor-kontraktor yang ingin membeli dokumen sebut harga hendaklah hadir sendiri atau menghantar wakil untuk mendapatkan dokumen sebut harga pada tarikh yang dinyatakan di antara jam 9.00 pagi - 3.00 petang dengan membawa bersama Borang Pengesahan Lawatan Tapak, Sijil Asal dan salinan Pendaftaran PKK dan Perakuan Pendaftaran CIDB di pejabat Yayasan Waqaf Malaysia, No 13, Jalan Diplomatik 2/2, Presint Diplomatik Putrajaya, Presint 15, Putrajaya.

Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran sebut harga di pejabat Yayasan Waqaf Malaysia tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga.

PERHATIAN

Hanya kontraktor yang hadir ke lawatan tapak sahaja dibenarkan menyertai sebut harga dan hanya pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam Sijil Pendaftaran PKK ATAU wakil yang dilantik oleh kontraktor secara bertulis sahaja dibenarkan membeli dokumen sebut harga. WAKIL KONTRAKTOR YANG TIDAK MEMPUNYAI SURAT LANTIKAN WAKIL TIDAK AKAN DIBENARKAN BERURUSAN.


Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Strategik YWM dan ARB

Pada 17 Mei 2010, tepat jam 12.30 tengahari, satu memorandum persefahaman antara Yayasan Waqaf Malaysia dan AmanahRaya telah termetrai. Tujuan memorandum ini adalah untuk menjadikan Yayasan Waqaf Malaysia sebagai salah satu penama kepada pewasiat yang mewasiatkan harta mereka setelah kematian.

dsc_0824

Majlis yang turut disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom (B) dan timbalannya, Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah bt. Ibrahim ini dihadiri kira-kira 150 undangan termasuk kalangan media elektronik dan cetak. Satu tayangan montaj turut dipertontonkan kepada tetamu. Sidang media turut diadakan pada akhir majlis.

dsc_0789

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) Siri 4 Bil 1/2010

Pada 17 Mei 2010 yang lalu, Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 38, Bangunan Lembaga Tabung Haji, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang membentangkan 5 kertas kerja itu dihadiri 18 orang ahli termasuk Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia sendiri, Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir b. Hj. Baharom (B), Naib Pengerusinya, Y.Bhg. Dato’ Dr. Sohaimi Hj. Mohd Salleh yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan 3 orang ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baru iaitu Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi MSC Management Services Sdn. Bhd, Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Sudin Haron, Penasihat Asian Institute of Finance dan Y.Bhg. Datuk Zainal Abidin bin Ab Kadir. Mesyuarat yang bermula tepat pada jam 9.00 pagi itu berlangsung selama hampir 3 jam berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga segala perbincangan dalam mesyuarat tersebut akan memacu Yayasan Waqaf Malaysia dalam perancanaan pembangunan ekonomi dan sahsiah ummah melalui wakaf.

dsc_0720