Pada 21 Januari 2010 yang lalu, satu perlawanan bola sepak persahabatan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga kerja YWM dan JAWHAR menentang pasukan bola sepak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Dengkil telah diadakan. Perlawanan tersebut telah diadakan di Padang IKBN, Dengkil. Perlawanan yang bermula pada jam 6.00 petang itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan YWM/JAWHAR dengan keputusan 6 berbalas 5 menerusi sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan buntu mencari gol sehingga tamat masa penuh permainan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan YWM/JAWHAR.

Bergambar sebelum perlawanan

Antara aksi yang sempat dirakam
