Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah menganjurkan pertandingan merekacipta logo Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) pada 5 Jun 2009 sehingga 31 Julai 2009 yang lalu. PWNB merupakan syarikat subsidiari milik penuh YWM yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 2 Jun 2009. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga kerja YWM, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). Setelah melalui beberapa siri proses tapisan, YWM telah memilih rekaan logo yang dicipta oleh Encik Mohd Radzi bin Mohammed Ismail daripada Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) sebagai pemenang bagi pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang.

