20 November 2009, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menerima kunjungan daripada pasukan kajian Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi tujuan mengadakan kajian cadangan penubuhan Permodalan Baitulmal Kebangsaan (PBK). Pasukan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Haji Ahmad Che Yaacob selaku Pengarah Projek dan disertai juga oleh lima (5) orang ahli penyelidik UiTM dan seorang pegawai daripada Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (JAWHAR). Lawatan kerja ini secara khususnya membincangkan secara terperinci mengenai asas dan fungsi penubuhan Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) yang merupakan syarikat milik penuh YWM serta peranannya dalam membangunkan hartanah wakaf di Malaysia. Tujuan lawatan ini juga diadakan adalah untuk memastikan tidak berlaku pertindihan fungsi antara PWNB dan PBK apabila beroperasi kelak. Lawatan kerja tersebut diakhiri dengan majlis pertukaran cendermata antara pihak YWM dan pasukan kajian UiTM.
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Yayasan Waqaf Malaysia telah memperkenalkan Skim Wakaf Tunai Malaysia. Skim ini memudahkan umat Islam untuk berwakaf secara kontemporari. Buat masa sekarang,Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 16018010019680
atau
Eoncap Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 0667110005558
atau
Public Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 3996004900
atau
AmIslamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 2342022003053
atau
RHB Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYISA di no.akaun 21245760001304
Slip Deposit boleh dihantar kepada kami sebagai bukti melalui email/faks/pos atau datang terus ke pejabat kami.
