KUALA LUMPUR 6 Nov. – Tanah wakaf di seluruh negara yang berkeluasan hampir 10,000 hektar dengan nilai mencecah RM1.9 bilion akan dibangunkan oleh kerajaan melalui Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, daripada keseluruhan keluasan tanah wakaf itu, hanya 0.72 peratus sahaja yang dibangunkan.
Menurutnya, bagi menjayakan usaha itu YWM dan Majlis Agama Islam di setiap negeri akan bersama-sama menbangun seterusnya memajukan tanah wakaf di negara ini.
“Dalam konteks pembangunan tanah wakaf ini, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal di peringkat negeri dengan YWM berfungsi sebagai pelengkap pentadbiran tanah wakaf di Malaysia,” katanya dalam sidang media di salah sebuah hotel di sini semalam.
Beliau yang juga Pengerusi YWM berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 meluluskan peruntukan awal sebanyak RM20 juta bagi membangunkan tanah wakaf melalui YWM.
“Fokus utama YWM adalah untuk membasmi kemiskinan tegar dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam dengan pelaksanaan projek yang berimpak besar. Projek itu terdiri daripada kedai-kedai wakaf rakyat di kawasan masjid terpilih dan pusat-pusat bazar peniaga kecil di atas tanah wakaf di seluruh segara,” katanya.
Menurutnya, projek itu juga bersifat ‘rakyat sentrik’ yang bertujuan memanfaatkan masyarakat secara langsung daripada pembangunan yang dilaksanakan.
Beliau menambah, YWM merupakan sebuah entiti wakaf kebangsaan yang ditubuhkan pada 23 Julai tahun lalu di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952.
“Penubuhan YWM bertujuan membentuk satu badan nasional bagi menggembleng sumber-sumber wakaf untuk dijadikan sumber modal ekonomi berpotensi tinggi seterusnya dimanfaatkan oleh umat Islam secara optimum,” katanya.
LAIN-LAIN MAKLUMAT
Yayasan Waqaf Malaysia telah memperkenalkan Skim Wakaf Tunai Malaysia. Skim ini memudahkan umat Islam untuk berwakaf secara kontemporari. Buat masa sekarang,Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 16018010019680
atau
Eoncap Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 0667110005558
atau
Public Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 3996004900
atau
AmIslamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 2342022003053
atau
RHB Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYISA di no.akaun 21245760001304
Slip Deposit boleh dihantar kepada kami sebagai bukti melalui email/faks/pos atau datang terus ke pejabat kami.