Untitled Document

YWM: RM20j Untuk Pembangunan Hartanah Wakaf

Pembangunan Hartanah Wakaf

” Kerajaan akan membangunkan hartanah wakaf di seluruh negara bagi tujuan khairat dan amal jariah. Untuk ini, Yayasan Waqaf Malaysia akan melaksanakan program pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan ummah terutamanya projek kecil berbentuk ekonomi yang berimpak besar kepada masyarakat. Fokus utamanya adalah untuk membasmi kemiskinan tegar serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi umat Islam. Antara projek yang dirancang adalah membina kedai wakaf rakyat di kawasan masjid terpilih dan bazar peniaga kecil untuk orang ramai, termasuk golongan asnaf. Sebagai permulaan, bagi menjayakan inisiatif yang penuh barakah ini, sejumlah 20 juta ringgit akan disediakan.”

Petikan daripada ucapan Pembentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009 (Jumaat) oleh Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.

LAIN-LAIN MAKLUMAT

Yayasan Waqaf Malaysia telah memperkenalkan Skim Wakaf Tunai Malaysia. Skim ini memudahkan umat Islam untuk berwakaf secara kontemporari. Buat masa sekarang,Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 16018010019680

atau

Eoncap Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 0667110005558

atau

Public Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 3996004900

atau

AmIslamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 2342022003053

atau

RHB Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYISA di no.akaun 21245760001304

Slip Deposit boleh dihantar kepada kami sebagai bukti melalui email/faks/pos atau datang terus ke pejabat kami.