Untitled Document

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin

Kami seluruh warga Yayasan Waqaf Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Wajah ceria berpandangan

Saling maaf - bermaafan

Buang yang keruh ambil yang jernih

Bertekad azam didalam dada

Tulus ikhlas dari kami..

Staff YWM

Kaunter Luar Wakaf Tunai

Pihak Yayasan Waqaf Malaysia telah membuka kaunter luar di 3 cawangan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP untuk mempromosikan Wakaf Tunai Malaysia.

Kaunter luar ini dibuka sepanjang bulan ramadhan. Ini adalah untuk memudahkan orang ramai berwakaf.

Kaunter Luar

  • PPZ SEKSYEN 5 WANGSA MAJU
  • PPZ  TAMAN SHAMELIN PERKASA
  • PPZ DARUZZAKAH, KG. BARU

Jom berwakaf..

LAIN-LAIN MAKLUMAT

Yayasan Waqaf Malaysia telah memperkenalkan Skim Wakaf Tunai Malaysia. Skim ini memudahkan umat Islam untuk berwakaf secara kontemporari. Buat masa sekarang,Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 16018010019680

atau

Eoncap Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 0667110005558

atau

Public Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 3996004900

atau

AmIslamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 2342022003053

atau

RHB Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYISA di no.akaun 21245760001304

Slip Deposit boleh dihantar kepada kami sebagai bukti melalui email/faks/pos atau datang terus ke pejabat kami.