Untitled Document

Lawatan JAWHAR dan YWM Ke Majlis Agama Islam Melaka

Tanggal 11 Julai 2009 bersamaan 17  Rejab 1429h, seramai 30 orang warga Jawhar dan YWM telah ke satu majlis lawatan  antara Jawhar dan YWM di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bertujuan bertukar-tukar pandangan dan idea serta mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dan bola jaring.

Lawatan bermula pada jam 10 pagi, dimana warga Jawhar dan YWM melawat sekitar pejabat MAIM. Warga Jawhar dan YWM disambut meriah oleh pegawai-pegawai MAIM. Pegawai dari MAIM memperkenalkan menceritakan sedikit sebanyak mengenai MAIM. Taklimat ringkas mengenai pengalaman kerja dan idea turut dikongsi bersama.

gambar4

Pada sebelah petang pula, satu perlawanan bola jaring diantara MAIM dan Jawhar telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Jalan Kubu. Pasukan Jawhar dan YWM menang 20 berbalas 7. Selain itu, perlawanan bola sepak turut diadakan di Stadium Hang Tuah. Pasukan MAIM berjaya mengalahkan pasukan Jawhar FC dengan jaringan 8 berbalas 1.

gambar3

Lawatan berakhir sekitar jam 7 malam selepas pemberian cenderamata di antara Jawhar dan MAIM. Lawatan Jawhar dan YWM diakhiri degan sesi bergambar dengan semua peserta.

gambar4gambar2