Untitled Document

Seminar Pembangunan Hartanah Pegawai Wakaf M.A.I.N

Dalam konteks Negara Malaysia, kefahaman tentang peranan wakaf dalam menjana sumber ekonomi yang signifikan masih belum menyeluruh dan bersepadu. Lantaran itu, YWM telah menganjurkan sebuah seminar bertajuk “Pembangunan Hartanah Wakaf Pegawai Wakaf M.A.I.N” yang berlangsung selama 4 hari 3 malam bertempat di Mayangsari Resort, Port Dickson bermula pada 24 hingga 27 april 2009 yang lalu. Seminar tersebut dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWM, Encik Azri Ahmad.

dsc_0054

Gambar Peserta

Seminar telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada pegawai wakaf Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, pegawai Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji (JAWHAR), pegawai Tabung Haji Technologies Sdn. Bhd. dan pegawai Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) sendiri.Objektif utama seminar adalah untuk merangka strategi dan susun galur pembangunan hartanah wakaf disamping memperkukuhkan ukhwah dan menyatukan fikrah seterusnya mengeratkan hubungan kerjasama dua hala antara pegawai YWM dan pegawai wakaf MAIN.

Berakhirnya seminar diharap ia dapat menjadi wadah membuka minda dan berkongsi percambahan fikiran antara YWM dan pegawai wakaf MAINĀ  seterusnya dapat merealisasikan penubuhan YWM itu sendiri di dalam melaksanakan pembangunan hartanah wakaf negara.

LAIN-LAIN MAKLUMAT

Yayasan Waqaf Malaysia telah memperkenalkan Skim Wakaf Tunai Malaysia. Skim ini memudahkan umat Islam untuk berwakaf secara kontemporari. Buat masa sekarang,Wakaf Tunai boleh disalurkan melalui

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 16018010019680

atau

Eoncap Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no. akaun 0667110005558

atau

Public Islamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 3996004900

atau

AmIslamic Bank Berhad atas nama YAYASAN WAQAF MALAYSIA di no.akaun 2342022003053

Slip Deposit boleh dihantar kepada kami sebagai bukti melalui email/faks/pos atau datang terus ke pejabat kami.