Tahniah dan Terima Kasih
Pihak Yayasan Waqaf Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Y.A.B Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi di atas perlantikan sebagai Menteri Pertahanan dalam barisan kabinet baru di bawah pimpinan Perdana Menteri Keenam, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Harapan Kami semoga YB Dato’ Seri akan terus disinari kegemilangan dalam memacu Malaysia ke era kejayaan.
Pihak Yayasan Waqaf Malaysia ingin merakamkan ucapan terimah kasih tidak terhingga kepada YB Dato’ Seri di atas sokongan, bimbingan serta tunjuk ajar yang di curahkan sepanjang berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta selaku Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia.
Pihak Yayasan Waqaf Malaysia juga mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom. Diharapkan perlantikan YB Datuk dapat bersama-sama memacu ke arah keterbilangan pembangunan ekonomi ummah.
Pihak Yayasan Waqaf Malaysia mengucapkan tahniah kepada Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia, Dato’ Dr Hj Sohaimi Hj Mohd Salleh di atas penganugerahan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K) yang membawa gelaran Dato’ Paduka.


