Posted July 19th, 2010 by admin
Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Kementerian Kewangan dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-
|
No. dan Tajuk Sebutharga
|
Taraf/Jenis Syarikat
|
Kelas, Kepala & Sub-Kepala
|
Tarikh Dokumen Boleh Diperolehi
|
Harga Dokumen (RM)
|
Tarikh dan Waktu Tutup Sebutharga
|
|
YWM/SH/12/2010
Cadangan Membina 1 Blok Bangunan Bazar Wakaf Rakyat Satu Tingkat (4 Unit) di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Lawatan Tapak
Tarikh : 26 Julai 2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur
|
Bumiputera/
T1
|
Kelas:
F
Kepala : I
Sub-Kepala: 1
Kepala: II
Sub Kepala: 2 (a)
|
27/7/2010 hingga 30/7/2010
|
50.00
|
3/8/2010 12.00 Tengahari
|
Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga di atas diwajibkan hadir ke lawatan tapak pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan dengan membawa bersama cop syarikat bagi tujuan pengesahan kehadiran. Pihak kontraktor juga dikehendaki mengisi borang tempahan dokumen sebut harga ketika lawatan tapak tersebut.
Hanya kontraktor yang mengisi borang tempahan dan menghadiri lawatan tapak sahaja layak membeli dokumen sebut harga. Kontraktor-kontraktor yang ingin membeli dokumen sebut harga hendaklah hadir sendiri atau menghantar wakil untuk mendapatkan dokumen sebut harga pada tarikh yang dinyatakan di antara jam 9.00 pagi - 3.00 petang dengan membawa bersama Borang Pengesahan Lawatan Tapak, Sijil Asal dan salinan Pendaftaran PKK dan Perakuan Pendaftaran CIDB di pejabat Yayasan Waqaf Malaysia, No 13, Jalan Diplomatik 2/2, Presint Diplomatik Putrajaya, Presint 15, Putrajaya.
Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran sebut harga di pejabat Yayasan Waqaf Malaysia tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga.
PERHATIAN
Hanya kontraktor yang hadir ke lawatan tapak sahaja dibenarkan menyertai sebut harga dan hanya pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam Sijil Pendaftaran PKK ATAU wakil yang dilantik oleh kontraktor secara bertulis sahaja dibenarkan membeli dokumen sebut harga. WAKIL KONTRAKTOR YANG TIDAK MEMPUNYAI SURAT LANTIKAN WAKIL TIDAK AKAN DIBENARKAN BERURUSAN.
Posted July 16th, 2010 by admin
Pada 30 Jun 2010 yang lepas, satu bengkel yang bertajuk Bengkel Wakaf : 1 Pelaburan Abadi telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Seri Mutiara, Wisma AmanahRaya di Kuala Lumpur.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang permasalahan wakaf di Malaysia di samping penerangan mengenai wakaf tunai. Bengkel yang disertai seramai 32 kakitangan AmanahRaya Legacy Services (ARLS) itu dimulakan pada jam 9.30 pagi. Majlis perasmian bengkel disempurnakan oleh Pengurus Kanan ARLS, En. Mohd Nasir bin Yahya. Bengkel dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Yayasan Waqaf Malaysia : 1 Wawasan yang disampaikan oleh Y.Bhg. En. Azri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif YWM.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah kedua dari penceramah yang tidak asing lagi untuk YWM iaitu Y.Brsh Ustaz Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz, Pegawai Khas Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan tajuk Wakaf : 1 Pelaburan Abadi.

Sesi ketiga iaitu sesi terakhir untuk bengkel ini disempurnakan dengan jayanya oleh En. Syarqawi bin Muhammad, Pengurus Bahagian Penyelidikan dan Produk Wakaf YWM dengan ceramahnya yang menyentuh soal jawab wakaf tunai dan isu-isu yang berkaitan dengan wakaf. Peserta kemudiannya diuji tahap kefahaman mereka melalui satu kuiz yang berkaitan wakaf dan YWM. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian sijil tamat bengkel dan disusuli majlis jamuan petang. Semoga dengan adanya bengkel ini ikatan silaturrahim yang telah sedia terjalin akan terus berkekalan.
Posted July 16th, 2010 by admin
Tanggal 2 Julai 2010 yang lalu merupakan hari bersejarah bagi Yayasan Waqaf Malaysia, di mana satu majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Maybank Islamic Berhad (MIB) telah dilangsungkan dengan jayanya bertempat di Penthouse Tingkat 51, Menara Maybank, Kuala Lumpur.


Kerjasama strategik di antara YWM dan MIB ini adalah bermatlamatkan kepada usaha-usaha memperkukuhkan wakaf sebagai instrumen dan pemacu ekonomi masyarakat dan negara, di samping menyediakan alternatif kepada pewakaf untuk menyumbang melalui wakaf tunai. Kerjasama antara YWM dan MIB ini juga merupakan satu petanda baik kepada usaha jitu dan bersepadu di dalam mengembalikan semula kegemilangan wakaf tunai sebagai manhaj pemerkasaan ekonomi, sebagaimana yang telah dilalui dan dilaksanakan oleh umat Islam terdahulu
Melalui kerjasama ini juga, pewakaf yang ingin berwakaf tunai mempunyai beberapa alternatif yang menudahkan mereka untuk melakukan sumbangan. Antaranya melalui ATM, Mesin Deposit Tunai dan juga talian internet Maybank2u.com.my. Kekuatan promosi yang dijalankan dengan usahasama YWM dan MIB ini juga bakal mewar-warkan lagi potensi wakaf, selain menjadi pembuka ruang kepada masyarakat untuk terus berwakaf melalui kemudahan-kemudahan yang telah disediakan. Mudah-mudahan, usaha murni ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Insya-Allah.
